BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pengikut-pengikut ku!

http://www.emocutez.com ENJOY MY BLOG!!! http://www.emocutez.com

Wednesday, December 1, 2010

ZeXus dan Xenza!!

-BAB SATU-

-AKADEMI MIZZ-

Nama aku Imran. Tahun ini cukup umur aku 13 tahun. Aku tinggal di negara Zexus. Negara yang terdiri daripada dua kelompok penduduk iaitu Mozard(penduduk biasa, tidak mempunyai kuasa) dan Zegon(penduduk yang mempunyai kuasa). Kebanyakan pemerintah-pemerintah di Zexus adalah Mozard. Meskipun Mozard dan Zegon berbeza, tetapi kami tetap boleh hidup dengan aman. Hak dan keistimewaan diberi sama rata di antara Mozard dan Zegon.

Aku berasal daripada keluarga Zegon. Aku boleh terbang selaju bunyi. Mengikut undang-undang Zexus, anak-anak Zegon yang genap usianya 13 tahun, wajib dimasukkan ke akademi-akademi yang berada di seluruh Zexus. Akademi-akademi tersebut bertujuan untuk melatih Zegon muda untuk lebih mahir dalam mengawal dan menguasai kebolehan mereka. Oleh sebab itu, kebanyakan Zegon dijadikan tentera untuk mempertahankan Zexus manakala Mozard pula dilantik menjadi pemerintah atau melakukan kerja-kerja ekonomi seperti berniaga dan berkebun. Namun, terdapat juga segelintir Zegon yang sudah agak tua, juga melakukan pekerjaan ini. Ibubapaku telah mendaftarkan aku ke Akademi Mizz. Ini kerana, akademi itu agak hampir dengan tempat tinggal aku.

Tarikh pendaftaran aku ialah pada tarikh 9 Januari. Ketika aku mendaftarkan diri, aku terlihat ramai Zegon yang hadir juga untuk mendaftrakan diri mereka. Aki kini merupakan penuntut tahun pertama di akademi ini. Masih jauh lagi perjalanan aku, terdapat baki 9 tahun lagi untuk aku menuntut disini kemudian barulah aku habis belajar. Semasa pendaftaran, aku telah berkenalan dengan A. Nazrin, Zulhelmi dan Zahiruddin. Mereka bertiga merupakan Zegon yang hebat-hebat belaka.

Kemudian, selepas pendaftaran aku dibawa pula blok asrama aku. Aku bakal tinggal di bilik C di Blok Zenus. Apa yang menariknya ialah rupa-rupanya Blok Zenus merupakan blok asrama yang paling baru dan kesemua penginapnya merupakan penuntut tahun pertama. Kemudian, aku berkenalan pula dengan ahli-ahli bilik aku, antaranya Mujib, Murshid, Afnan dam Zahiruddin. Kebetulan pula, aku tinggal sebilik dengan Zahiruddin.

Semasa di dalam bilik, kami rancak bersembang. Bertanyakan kuasa masing-masing, menceritakan kekuatan diri, berkongsi pendapat serta membincangkan tentang hari esok.

Pada hari esok, kami tidak kan terus masuk ke kelas, sebaliknya kami akan menjalani Minggu Orientasi selama seminggu. Pada minggu ini, kami akan didedahkan tentang selok-belik akademi, tenaga pengajar serta undang-undang di akademi. Kami akan diberi pendedahan awal agar kami tidak keliru apabila kami mula belajar nanti.

Pada Minggu Orientasi……

Minggu Orientasi pun bermula. Mula-mula kami diberi penerangan tentanh pengelasan kelas Zegon berdasarkan kuasa masing-masing. Terdapat 5 jenis pengelasan Zegon.

Jenis Pengelasan

Kuasa

Zegon Element

Mempunyai kuasa element seperti api,air,eletrik atau angin

Zegon Alam

Mengawal alam seperti tumbuhan atau haiwan

Zegon Mozard

Kebolehan Mozard yang luar biasa seperti terbang,kebal, berenang

Zegon Psikik

Kebolehan Psikik seperti beralih tempat atau membaca minda

Zegon Magis

Kebolehan Magis seperti menghidupkan lukisan

Jadi, aku dikelaskan di dalam Zegon Mozard sama seperti Amiruzi, Murshid, Mujib, Salleh, Haris, Aiman, Afnan, Izzudin dan Zuhdi. Kalau Zegon Psikik pula, aku hanya kenal A. Nazrin dan Amiruddin sahaja. Zulhelmi dan Zahir pula merupakan Zegon Magis. Manakala, Zulfahmi dan Sufi pula merupakam Zegon Element. Hasan, Syamil dan Nazrin Rofi pula merupakan Zegon Alam.

Berdasarkan pendapat senior-senior disini, Zegon Psikik merupakan Zegon yang palin sukar didapati dan yang paling kuat. Manakala, Zegon Mozard pula merupakan Zegon majority yang menduduki Zexus. Berdasarkan pengelasan Zegon ini, mereka akan dibahagi mengikut karier masing-masing selepas habis belajar.

Jenis Zegon

Karier

Zegon Elemet

Mengawal keseimbangan, Panglima

Zegon Alam

Tentera, Pelindung

Zegan Mozard

Tentera

Zegon Psikik

Pengintip, Perangka strategi

Zegon Magis

Tentera bantuan

Kemudian, kami diberitahu peraturan-peraturan di akademi. Kami juga diberi risalah peraturan akademi agar kami sentiasa mengingati peraturan tersebut.

Bersambung,,, nantikan seterusya..

0 comments: