BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Pengikut-pengikut ku!

http://www.emocutez.com ENJOY MY BLOG!!! http://www.emocutez.com

Tuesday, November 30, 2010

Ubat Hati!

UbAt Hati Itu aDa 5:
Terdapat 5 ubat hati yang boleh saya kongsikan bersama-sama dengan anda semua..
Harap kita semua dapat ambil manfaat dan bersungguh-sungguh mengamalkannya...

1)Baca Al_quran dan maknanya



Bacalah Al-Quran itu selalu dan hayatilah maknanya. Selagimana kita berpegang teguh dengan Al-quran dan As-sunnah, nescaya kita tidak akan sesat.
Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya yang berbunyi:
'Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah'

2)Solat Malam



Solat Malam itu bakal membina kekuatan diri samada jasmani dan rohani. Ia juga membuktikan kita bersungguh-sungguh dalam beribadat dan merendah diri sebagai hamba yang lemah. Bangunlah untuk solat malam keran tidak semua Allah pilih untuk mendirikan solat malam.

3) Berkumpul dengan orang-orang soleh

tuntutlah ilmu di kalangan orang-orang soleh. Sentiasalah mendampingi mereka kerana Allah sayang pada hamba-hambaNya yang soleh. Belajarlah dan ambil manfaat sebanyak mungkin daripada mereka.




4)Sentiasa Berpuasa

Puasa itu banyak faedahnya. Puasa mengajar kita agar sentiasa bersabar. Puasa juga menanamkan rasa empati terhadap orang-orang akir miskin dan tidak berkemampuan. Puasa juga disarankan agar dapat mengawal nafsu kita. Oleh itu, sentiasalah kita mengerjakan ibadat puasa kerana jelas bahawa puasa itu banyak manfaatnya..


5) Banyakkan berzikir
Basahkan lidahmu dengan sentiasa berzikir mengingati Allah. Berselawat ke atas Junjungan Mulia Rasulullah S.A.W. Sentiasa ingat mati kerana mati paling hampir dengan kita. Hati yamg selalu berzikir maka Allah akan menenangkan jiwanya. Allah akan membersihkan hatinya.



Itu sahajalah yang saya mampu konsikan setakat ini. Harap dapat ambil manfaat. Tidak dapat banyak, sedikit pun jadilah..

Assalamualaikum... ^_^

assalamualaikum!!!!
Adoyai~~
dah lame x update blog aku nih.. hahaha
bukan aper,, terluper password la plak,,,
xpe2,,, lps nih,, aku akan slalu update blog aku,,
and then baru leh suh member2 follow blog aku,,,
hahaha,,,
new beginnings,,, ~hope so~
that's all,,, adiyos!